Want your
own Fotopage?





















 


By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-Nov-2008 05:52 Email | Share | | Bookmark
Cupcakes Galore

ordered by Liza
by Liza too...
from a doctor
ordered by Mimi
 
 
 
 
 
View all 28 photos...
Let's share what's hiding in my thumbdrive. There's a lot more coming if time permitted. Tak larat la... tak ingat pun sama just enjoy viewing them...

salam.amik order di jhr?tlg email quo.tq Thu 13-Nov-2008 11:43
Posted by:kemboje kemboje@yahoo.com  - [Link]
mak aiiiii terpukau tengok sbb semuanya cantik2 belaka..... Wed 19-Nov-2008 09:13
Posted by:Haniss  - [Link]
kakanim...teman ni pengunjung setia yg paling senyap...
hehehe...la ni baru nak suara....
cun2 ooo kapis...kasik enlarge lerr..teman x bape nak clear nengoknyer...
Fri 21-Nov-2008 04:46
Posted by:jasmeen  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Saturday, 8-Nov-2008 18:20 Email | Share | | Bookmark

cut almond brownies
 
brownies for birthday
for BIL's hari raya openhouse
Selamat bertemu kembali kawan-kawan. Lama sungguh fp ni tak berupdatekan. apakan daya, keadaan tidak begitu mengizinkan. Banyak sungguh urusan yang perlu diselesaikan. Sekarang tak tau mana nak mula.

Ok la... entry kali just to show off la nampaknya. Saja nak bagi semangat skit untuk diri sendiri yang kian menyepi . Actually, banyak lagi hasil kerja yang tak tershow-off kat sini. Kalau rajin nak tengok boleh la melawat kat sini http://thebakingstudio.blogspot.com.


Ada order from officemate untuk colleague office yang sambut birthday. Dah selalu sangat buat kek, jelak pulak katanya. So, buat kelainan dia mintak brownies. Interesting jugak sekali sekala tukar selera.


ini lah dia... coated with ganache topped with strawberries and red choc rice.

Yang tak berhias bagai tu kita bawa ke rumah BIL masa dia buat open house family raya lepas.


Nak cuba? Resipi di sini.

Salam,
Nak beli baju baby dan kanak-kanak?
Branded tapi dengan harga murah.
Ada legging Baru dan comel2.
Selamat menjamu mata ke kedai saya...
http://manjakusayangcollection.blogspot.com
Tue 11-Nov-2008 03:10
Posted by:Manjakusayang manjakusayang@ymail.com  - [Link]
cantik deco.. brp satu kek nie??

http://cerita-artiskita.blogspot.com
Tue 11-Nov-2008 16:12
Posted by:Cerita Artis Kita  - [Link]
Cutenyerrr... Brownies ni lain dari yg lain, mana ada brownies heart shape mcm ni sebelum ni kan. Btw, tumpang lalu sekali ya, kepada semua, feel free to visit http://broughtwithlove.blogspot.com/ for handbags, shoes, wallets and many more from brands like coach, liz claiborne, etienne aigner and many more. New stocks just came in! Wed 12-Nov-2008 17:53
Posted by:Madame Shopper  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 29-Sep-2008 07:01 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

To all friends and visitors

Selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga.


Jom gantung kad raya

Dr http://rinzura.fotopages.com/ - thank you very much.


dr pasangan muda Rozamy - semuga bahagia selalu ye dek...


ni dari Tun kwn kita kat Tg Malim tu... huhuhu... jgn luper dtg rumah ye...


sorry gang... ada yg tak sempat nak gantung, smp dah nak habis raya... jangan kecik ati ye... MAAF ZAHIR BATIN

Jom jaga kesihatan dgn ECPI, bantu sembuhkan kencing manis, drh tinggi, gout, senggugut, gatal2 bdn dll.. http://myahealthcare.blogspot.com/ Fri 24-Oct-2008 14:06
Posted by:myahealthcare mya.healthcare@gmail.com
ubat kurus ada di sini...http://alakampung.fotopages.com
slim product available here ...click above link
Tue 4-Nov-2008 03:40
Posted by:unnamed rynna99@yahoo.com
kak anim..bile nak update ni??dah lame giler saya tunggu nie.. Tue 4-Nov-2008 08:20
Posted by:rozamy amelia@pernec.com.my  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 24-Sep-2008 02:17 Email | Share | | Bookmark
Instant 'Shepperd' Pie

 
 
 
View all 4 photos...
Laksa Sarawak on Saturday, I thought of having our breakfasting at our favourite restaurant the day after . I didn't put any attention what to cook on Sunday until a neighbour called at 4.30pm . She asked me to cook anything and bring to her house to breakfasting with her family and her newly wed-son couple. In less than 3 hrs what should I do . Everything was 'stone-hard' in the freezer .

Here's what I got for that day. Everything from my fridge n freezer that can be used instantly . Mat Rock had to lend his hands to mash the potatoes half heartedly . The athan was called as soon as my oven timer rang .


Quote:
INSTANT SHEPPERD PIE


1kg kentang - rebus bersama sedikit garam
1 cawan susu segar
serbuk lada putih secukupnya

Kupas kulit kentang dan lecek hingga hancur bersama susu segar dan pepper. Ketepikan.

Inti
400g daging cincang
5 batang sosej - didadu
5 butir cendawan butang - dihiris
1/2 batang lobak merah - parut kasar
1 paket serbuk kari daging
1 biji bawang holland - didadu
2 ulas bawang putih - cincang
sedikit halia - racik halus
1 mangkuk kecil sos tomato
1/2 mangkuk kecil cili sos
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
3 biji tomato - hiris

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari dan semua sos, kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging cincang, kacau rata. Biar hingga daging masak dan kering sedikit airnya.
Masukkan sosej, cendawan dan lobak merah. Gaul rata. Perasakan garam dan gulanya. (Kalau guna serbuk perasa tak payah bubuh gula). Biar seketika sehingga semua bahan masak keseluruhannya.

Penyediaan Pai
Panaskan oven 180 darjah celcius.
Sediakan loyang pembakar yang telah dilengser butter.
Ratakan separuh kentang lecek di dasar loyang.
Lapiskan dengan inti daging cincang yang siap dimasak tadi.
Susun tomato hiris diatasnya kemudian tutup dengan separuh lagi kentang lecek.
Taburkan sedikit butter diatasnya.
Bakar selama 45 minit atau sehingga kentang keperangan.



PUFF SOSEJ SEGERA


5 keping pratha segera - bahagi 8 bahagian
5 batang sosej - jadikan 8 bahagian
1 biji telur
sedikit bijan

Ambil 1 bahagian pratha, gulungkan sosej didalamnya.
Sapu sedikit telur dan taburkan bijan di atasnya.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 12 minit.

Malaysia's Blog Ranking objective is to lists the Malaysia's most popular blog sites. List your blog for free and get more traffic for your website. Come now and start sharing your blog with the World!

http://blogrank.nohal.com/
Fri 17-Oct-2008 13:50
Posted by:Malaysia's Blog Ranking  - [Link]
dah mintak la akak...tapi ramunia tidak sudi menerima ku kembali..tapi takpe...insyaAllah ada rezeki di tempat lain Wed 29-Oct-2008 03:59
Posted by:aina & zul aina_arissa@yahoo.co.uk  - [Link]
JEMPUT TGK BAJU BLOUSE WANITA CANTIK2 HARGA MURAH2 LAGI Tue 4-Nov-2008 08:42
Posted by:liena zamri  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Tuesday, 23-Sep-2008 03:04 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 Cari Makan

 
 
lauk pauk jual utk tapau
View all 18 photos...
Jom jalan2 cari makan. I got one place that is highly recommended for you to try. The foods and the friendliness of the staff will attract you to come again. From Sg. Choh - Sg. Buaya - Bukit Sentosa - Bukit Beruntung, nothing like this one. I'll choose this restaurant to entertain family members or to try something different. Sebab tu la aku malas masak kotttt...


Di bulan puasa ni siap ada buffet with very reasonable price. RM15 for adult and RM8 for child. Ok kan? Hari ke-lima puasa kita dah lenjan buffet kat sini. 3 adults + 1 child, it cost me below RM60. Ni kalau kat hotel mau terlentang rabak sana sini. Ok la makan ala2 kat hotel, tu pun tak semua boleh masuk perut. Tapi kalau pelanggan nak beli tapau balik rumah satu sudut di sediakan. For those yang tak larat layan buffet, boleh oder menu ala-carte macam biasa.

Salad corner - colourful beb... memang menyelerakan...


Yang ni sudut pelbagai kerabu dan ulam






For first timer kat area ni, memang susah sikit nak cari sebab kedudukkannya yang agak ke dalam. Cuma perlu mencari simpang masuk ke Sg. Buaya, kurang dari 500 meter akan bertemu dengan signboard atas tu. Tapi kena hati2 ketika hendak masuk kedalamnya sebab takut tersalah masuk pintu restoran disebelahnya .


apa2 hal pun yang ni kita balun dulu....


Temberang Si Penyu
Quote:
lama sungguh dah tak bersembang ye... banyak sangat halangannya. kalau dapat update, 1000 kesyukuran rasanya...

zai kulim: baru tengok dah sakit perut, lom lagi membalun ek...
wawa: mmg murah wawa compare dgn hotel atau restoran biasa pun bukan calang2 harganya. Kalau nak masak sendirik pun rasanya lebih dr tu lagi untuk kepelbagaian waktu berbuka kan...
rozamy: insyallah semuga kita jumpa ramadhan tahun hadapan ye. kena booking siap2, silap haribulan masuk pintu kuar balik... dah terkena...
zira: hari biasa pun sodap gak... cuma ramadhan jer ada buffet...
unnamed: lenkali letak la nama n link buleh gak melawat rumah awak... dah kita dok kat jin bertendang, kena la promote area jin bertendang gak... sesekali mai la datang kat jin bertendang ni

huhu... lama gila xpegi riverside nih dah. ada 3 bln dah kot. haha... best ke buffet dia? sok2 sya dah pndah sg buaya mmg lalu sini je la tiap hari Thu 25-Sep-2008 09:54
Posted by:Shah Sya Syahmi Syafiyah syarezan2@yahoo.com  - [Link]
wah mana nak dapat macam ni punya rega.....dah tu bermacam lauk pulak tu...mak aii naik rambang mata nak makan yg mana satu...ok kak nim...selamat hari raya....maaf zahir dan batin...dari ana sekeluarga... Sun 28-Sep-2008 23:55
Posted by:Ana cake_lovers69@yahoo.com  - [Link]
kat sg. buaya ye kaknim..tak perasan lak sbb dah lama tak tengok umah kat sana....ni yg rasa cam nak pindah cepat aje nih... Mon 20-Oct-2008 03:07
Posted by:maklang  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 22-Sep-2008 03:22 Email | Share | | Bookmark
Juadah berbuka di hujung minggu

 
 
 
Dah lama sungguh fp kita tak ter'update'. Sibuk gamaknya... bukan buat biskut raya pun... tah apa bznya pun tak tau ler...

Sambil2 berkunjung balas ke rumah2 kengkawan ni, sambil2 la kita update. FP lak sekarang ni punya la lembab nak bukak pintu agaknya dah penuh ngan gambar2 yang cantik2 la tu membuatkan ia berat untuk bergerak...


Laksa sarawak ni buat untuk buka poser sabtu lepas. Bagi jiran2 skit sorang - cam kedekut. Mana tak nya, confident jer bihun tu ada 2 bungkus kat rumah, rupa2 satu jer... nak soh mat rock gi kedai beli dah suntuk masa, terpaksalah bagi hati2 supaya tak terlalu sikit n tak terlalu banyak. Kita suka buat laksa sarawak ni sebab penyediaan yang ringkas.

Yang kat rumah tu, tak tau kenapa la suka sangat ngan laksa nih. Unik kottt... kalau nak ikutkan si Iman tu susah betul nak suakan ngan meehon ni. Tapi kalau sebut laksa sarawak, sanggup ajak kita pergi kuching ... apa, dia hengat macam buleh naik bas jer kottt...

Untuk resipi ada kat sini. Cuma sambal tu kita olah yang baru. Tapi rasanya tak banyak beza hanya rasanya dah improvise skit... bg lagi umph!!!

Resipi Sambal Udang Kering
buat banyak2 boleh simpan masuk fridge

1 cawan udang kering - direndam, basuh bersih toskan
500g cili boh
5 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1 batang serai - ketuk
asam keping/cuka/lemon jus
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Kisar atau tumbuk udang kering hingga hancur.
Panaskan minyak dalam kuali. Saute bawang putih hingga wangi, masukkan udang, cili dan serai.
Kacau rata hingga air sedikit kering. Masukkan asam keping/cuka/jus lemon secukupnya.
Tambah garam secukup rasa. Boleh juga tambah serbuk perasa atau tukarkan dengan sedikit gula.


Jom Gantung Kad




dua-dua ni dari Wawa TQVM wawa...


yang ni dari Bungaros Oman - jauh tu... tq dear


yang ni dari Zira - timekasih, cantik kad tu...

laksa sarwak... nn biasa makan kat laksa shck je.. heheh
tp nampak gaya.. kak tun punya lagi lah best!
psst: akak, nn tak buat kuih raya lgi... tunggu balik kampung.... la nih tgh bz sngat.. huhuhu!
Mon 22-Sep-2008 05:31
Posted by:nn  - [Link]
kenapa ada dua ni?
dah tu ada nama kak tun plak tu... td dok tgok kuih raya dia... tertaip nama dia plak... heheh
isk.. salah tu ... mintak ampun yek kak anim!
Mon 22-Sep-2008 06:05
Posted by:nn  - [Link]
pehh... dasat korang nih cepat betul bersahut
neway, thanks. ingat nak tambah lagi citer dlm tu... tak per la, hari lain pulak.

nn, akak tengok ko ni panggil akak 'kak tun'... ko salah rumah ke? cuak gak tapi, akak maafkan ko la, sbb ko tu bz giloz kan, tu yang tersasul agaknya...
Mon 22-Sep-2008 06:10
Posted by:Penyulawa penyulawa@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 8-Sep-2008 15:31 Email | Share | | Bookmark
Nasi Dagang and Friends

Nasi Dagang
Gulai Tongkol
telur rebus
View all 5 photos...
What a tiring weekends... but I enjoyed myself hanging around in the kitchen to prepare for buka puasa on Saturday. Someone was coming to break fast with us and I took the opportunity to have Nasi Dagang and friends for the evening and I really did - marketing, cooking and cleaning.

Let's take a look of what I had to prepare that day.



NASI DAGANG (Untuk makan 10 orang)

Bahan-bahannya:-
5 cawan beras siam wangi
2 cawan beras pulut
1 biji Santan pekat
½ santan cair
8 ulas bawang merah (hiris)
Halia agak-agak (hiris)
Halba 2 sudu besar – direndam 2 jam
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
Beras wangi dan pulut dicampurkan dan direndam tidak kurang 2jam, di bersihkan dan ditoskan.
Kukus beras untuk 15-20 minutes hingga separuh masak.
Langkah seterusnya ialah gaulkan santan cair dan kukus lagi selama kira-kira 20 minit.
Selepas itu, gaulkan santan pekat, bawang merah, halba dan garam kepada beras yang dikukus dan kukus lagi selama kira-kira ½ jam.


Gulai Ikan Tongkol
3 ekor ikan tongkol yang sedang besarnya
Asam keping secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
rempah nasi dagang - buat sendiri.
(2 sudu besar ketumbar + 2 sudu besar jintan manis + kayu manis + bunga lawang + cengkih) - dikisar menjadi rempah.

1 senduk besar cili boh
1-2 biji kelapa (ambil santan jgn terlalu cair)
sebatang kayu manis
sedikit bunga lawang
Buah pelaga
Gula melaka
Option – asam keping atau belimbing buluh dan cili api

Cara membuatnya:-
Ikan di potong dan dicuci dan direbus dengan asam keeping dan garam.
Bila sudah masak tutup api dan simpan.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, dengan buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis.
Bila naik bau, tumis cili boh dan rempah nasi dagang.
Bila telah naik bau dan cukup garing, masukkan santan.
Masak kuah dan bila telah nampak pekat masukkan gula melaka, garam.
Masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi dan masak sehingga masak.
Jika suka masukkan beberapa cili api dan belimbing buluh yang telah dibasuh.


Acar
1 batang timun dihiris seperti kayu api
1 batang lobak merah dihiris seperti diatas
1 biji tomato – dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
1-2 cili hidup
1-2 sudu besar cuka
Garam
Gula

Gaulkan semua bahan diatas dan rasa garam dan kemanisannya secukup rasa.


This ketupat sotong was my first time ever - cooked and tasted. With pulut, santan and the sugar as part of ingredients, eee ... its scared me to have them in my mouth... that's before. Now is different, but with the health problem diagnosed lately, I still have to be more very careful of whatever I take...


Ketupat Sotong

5 ekor sotong segar sederhana besar
1/2 cawan pulut - rendam sekejap
bawang merah dan halia - dihiris
sedikit halba
1 biji kelapa - ambil santan pekat
gula melaka/nisan
garam secukup rasa

Bersihkan sotong, tanggalkan kepala dari badannya.
Sumbatkan pulut ke dalam setiap sotong hingga 1/2 penuh. Sumbatkan kepala sotong dan sematkan dgn pencungkil gigi.
Masukkan sotong ke dalam periuk, tuangkan santan secukupnya, hirisan bawang merah, hirisan halia dan sedikit halba.
Bila telah mendidih dan agak-agak pulut dalam sotong telah masak, dan kuahnya kelihatan pekat, baru dimasukkan sedikit garam dan gula merah secukup rasa.
Siap dihidangkan.


All the recipes were modified by me and inspired by noraini@antara1.com.my and members from Restoran Pak Amir mailing list.

kak, gi ambik kad raya kat umah saya.... Sat 20-Sep-2008 00:34
Posted by:bungaros Oman  - [Link]
salam..sudi² lah p ambik kad raya kat fp zira tu yer Sat 20-Sep-2008 03:35
Posted by:zira  - [Link]
for ur in4 nasi dagang yang akak masak tu nasi dagang trengganu as nasi dagang kelantan beza sikit walaupun tetap makan dengan ikan tongkol. walau apa pun pantai timur memang kaya dengan makanan lazat.

cubalah juadah pencuci mulut pula kak.

hope to know u

selamat berpuasa & selamat hari raya in advance.
Sat 20-Sep-2008 13:55
Posted by:mid hamedah5@hotmail.com
View all 25 comments Add comment


Tuesday, 2-Sep-2008 06:02 Email | Share | | Bookmark
Pais Ayam

 
Pais Ayam
Yesterday memang over rajin, kita buat Ayam Pais ikut style orang Kuala Medang, Pahang. Kita suka sebab pais orang Pahang ni guna tempoyak. waaaaaaaaaaaa... I loiiiikkkeeeeeee tempoyak...

Actually, this recipe selalu guna ikan especially ikan2 sungai seperti Patin. Ikan2 laut yang kat pasar tu pun boleh jugek... Sengaja jer tukar kepada ayam sebab minggu lepas dah buat pais ikan Patin. Jom tengok resipi yang original yang diberikan oleh kawan dari Kuala Medang. Kita ni kekadang suka gak ubah2 resipi dok tambah itu tambah ini, ikut sedap.

Sorry ye resipi tak der sukatan, biasa la resipi orang kampung, kena pandai2 adjust, silap haribulan terlebih cili buleh mencungap macam nak terkeluar biji mata

Pais
A
Ikan atau Ayam - dibersihkan
fish or chicken meat - cleansed

B
20 biji Cili Api (ditumbuk) / 20 pcs small chillies (pounded)
1 cawan Tempoyak / 1 cup fermented durian paste
Hirisan daun kesum / sliced polyganum
hirisan daun kunyit / sliced tumeric leaves
garam secukup rasa / salt to taste

Untuk membungkus/For wrapping
3 helai daun kunyit / 3 pcs tumeric leaves
Daun pisang / banana leaves


Gaul semua bahan B dan ratakan pada ikan/ayam. Bungkus dengan daun kunyit kemudian bungkus lagi dengan daun pisang. Panggang di atas api perlahan sambil dibalik2kan hingga masak. Hidangkan.
Mix together ingredients B and smear evenly onto fish/chicken. Wrap with tumeric leaves and cover with banana leaves. Grill on small fire and turn frequently until cooked. Serve.

selamat menjalani ibadat puasa....
sedap nampak pais ayam tu...1st dengor....
Sun 7-Sep-2008 15:26
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
Kak, apa khabar?..lamer tak dengar berita...no tepon akak tak bagilah kat kite...tu resepi tu dah lamer org carik...awat lah akak tak bagitau...ekekek kite pon tak tanya kan?...kan?...neway...salam ramadhan... Thu 11-Sep-2008 00:36
Posted by:aina & zul aina_arissa@yahoo.co.uk
Salam Kak Nim..
Selamat Hari Raya buat kak nim sekeluarga..
apa2 yang salah tuu harap dimaafkan yekkk..
pstt..kita dah tak pakai lerr fotopages tuuu..kita pakai blog sekarang..
nnt edit umah baru kita tauu..
Wed 24-Sep-2008 09:13
Posted by:Kacip_Fatimah  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 2-Sep-2008 01:15 Email | Share | | Bookmark
Gout

Salam buat semua kengkawan dan pengunjung FP ini. Selamat menyambut Ramadhan yang mulia, semuga segala ibadah yang kita lakukan dalam bulan ni diterima dan mendapat keberkatan dariNya. Ampun dan maaf jugak dipohon andai ada yang terguris perasaannya, sementelah kita amat jarang sekali dapat mengadap dan meng'update' FP ini. Mungkin ada juga persoalan2 yang dikemukakan tidak berjawab. Ampun, ampun dan ampun jua ku pohon. Selamat berpuasa.

Entry kali ni pasal gout dipetik dari email yang dihantar ke mailbox kita. Kita rasa infor ni baik untuk semua terutama pada sesiapa yang pernah diserang gout atau ada sedara mara yang pernah diserang gout macam kita - mat rock pernah diserang gout beberapa kali. Setiap kali kena mesti musim raya... kita sibuk nak jalan, dia tak leh jalan... huhuhu... memang haru biru. Dah ler tak dapat beraya (walaupun bercuti raya) kena lak hantar dia ke doktor kasi cucuk tang punggung. Kalau dah sakit, drive pun tak buleh. Lebih menakutkan kalau terkena sewaktu driving, boleh menyebabkan kemalangan. Serius tau... jangan main2 dengan masalah gout.

Tapi sekarang alhamdulillah, kalau nak pergi beraya kita bekalkan dia dengan batang seleri. oiiii... jangan la bawak panjang2 tu... apalak orang kata nanti. Kita siap potong kecik2 masuk dalam bekas kecil supaya dia boleh bubuh dalam poket. Setiap kali dia habis menjamah juadah (gi rumah sedara mara ni kalau tak makan orang kecik hati tau...) dia kunyah2 batang seleri tu. Ni petua tau, ada hamba Allah yang bagi masa tengok Mat Rock jalan macam tak betul dulu. Jangan tak percaya pulak...

Jom baca artikel yang kita pastekan kat sini. Tak tau la dari sumber mana artikel ni diperolehi. Yang penting ia bagus untuk menambah ilmu kesihatan kita. Selamat membaca.


Quote:
Gout, insya-Allah anda boleh pulih
Oleh emjay

"Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.



Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.



Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (MailScanner has detected a possible fraud attempt from "emjayjb.multiply.com" claiming to be www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
43. Kurangkan makanan bersantan
44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak jagung
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

Sekiranya anda mengamalkan segala nasihat ini namun gout anda masih belum berkurang, sila hubungi saya melaui email saya.

Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapnya dan masanya sudah semakin hampir.

Sekian wassalam wallahualam


http://emjayjb.multiply.com/


Mak ai...tu dia....banyaknya tak boleh makan. Wow tak tahu pulak, sampai to that extend orang sakit gout ni. Yg tahu kean kurangkan makan daging/red meat. Thanks Anim for sharing the info. Tue 2-Sep-2008 20:50
Posted by:fezah
arwah ayah maklang gout, adik maklang gout, abg ipar gout......tengok tak citer wonder pet bebudak kul 2.30 kat tv 9, pun makan celeri... Fri 5-Sep-2008 00:16
Posted by:maklang  - [Link]
GOOD INFO Fri 5-Sep-2008 03:27
Posted by:rozamy amelia@pernec.com.my  - [Link]
Add comment


Friday, 29-Aug-2008 03:01 Email | Share | | Bookmark
Award & Tag from Cek De Sam

Ni award dr Cek de Sam... buat susah2 jer CT




These are the rules of the award ~


1. Choose five blogs you consider deserving of this award. (Creativity, interesting material, etc.)
2. Each award includes the name of the owner of the blog and his/her link.
3. Each award winner has to show the award and put the name and link to the blog that has given her or him the award itself.
4. Award winner and the one who has given the prize have to show the link of “Arte y Pico” blog, so everyone will know the origin of this award.

Now, I would like to give this award to :

http://mamasya.fotopages.com
http://elianas.fotopages.com